Quantcast
Channel: :: Laman Informasi Pondok Tampin :: الهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى أعطنى محبتك ومعرفتك
Viewing all 251 articles
Browse latest View live

PONDOK TAMPIN

$
0
0
LATAR BELAKANG PUSAT PENGAJIAN PONDOK TAMPIN

Pondok Tampin merupakan pusat pengajian pondok tradisional yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Raof Bin Nurin Hafizahullah. Pondok ini dibuka pada bulan Febuari tahun 1996 bertempat di Jalan Padang Ragut, Tampin Negeri Sembilan.
Pondok Tampin merupakan sebuah pusat ilmu dan tumpuan masyarakat sekitar Tampin dan terdapat juga pelajar yang datang dari daerah dan negeri lain untuk menadah ilmu dengan tuan guru di sini. Pengajian di sini adalah berlandaskan bentuk pengajian tradisional iaitu sistem Talaqqi iaitu menadah kitab dari kulit ke kulit sehingga khatam. Antara kitab-kitab yang diajar di sini adalah kitab-kitab besar arab dan jawi tradisi atau dikenali sebagai kitab turath. Pondok ini juga bukan sahaja mengadakan pengajian dengan masyarakat tempatan bahkan juga mempunyai hubungan dengan ulama-ulama luar.
Antara program yang pernah dijalankan di pondok ini ialah dengan mengadakan pengajian daurah kutubbu sittahiaitu kitab hadis yang 6 buah.
Pada tahun 2011 pada bulan Ramadhan, program daurah pengkhataman kitab Soheh Bukhari dan Sunan Abu Daud yang di mana daurah ini dibimbing oleh dua tokoh ulama dari syria iaitu al-Allamah al-Syeikh Hadi al-Kharsa Hafizahullah dan Syeikh Firas Bin Salu Hafizahullah , kedua-dua ulama ini berasal dari bumi Syria yang diberkati.
Pada Tahun 2012, mengadakan daurah kitab Soheh Muslim dan Sunan Tarmizi di mana antara ulama yang hadir dan membimbing program daurah ini ialah al-Allamah al-Syeikh Dr Sameer Nass Hafizahullah dan Syeikh Firas bin Salu Hafizahullah.
Pada tahun 2014 mengadakan Daurah Hadith bersama Al allamah dr Sheikh sameer an Nass iaitu Sunan ibnu Majah, Sunan Nasaie dan Sunan ad Darimi .
Program terbuka ini telah mendapat sambutan para ilmuan  masyarakat seluruh Malaysia.

Pada tahun 2013 Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengadakan majlis pengajian Akidah dengan Kitab Fiqh Akbar karangan Imam Abu Hanifah dan Kitab Aqidah Tohawiyah karangan Imam Tohawi sebagai teks secara daurah bertempat di Paroi, Negeri Sembilan . Program yang dianjurkan oleh pihak berwajib tersebut mendapat sambutan masyarakat  dan pondoktampin telah membantu  menjayakan program ini dengan tugas menjemput ulama dari Sham iaitu Fadhilatu Sheikh  al-Allamah  Abdul Hadi al-Kharsa Hafizahullah  .

Pondoktampin menjalin hubungan yang erat dengan Pejabat Agama Daerah Tampin apabila Tuan Guru  Ustaz Haji Abdul Raof dijemput mengajar di pejabat agama ini.
Antara kitab yang pernah dibacakan di pejabat agama ini adalah Hidayatus Sibyan, Kasyful Littsam, Munyatul Mussoli dan Penawar Bagi Hati.

Pondok Tampin merupakan pusat ilmu yang banyak memberi jasa dan tarbiyyah kepada semua lapisan masyarakat terutamanya sekitar Negeri Sembilan, cuma  buat masa  ini tiada sebarang pengambilan pelajar di pondok tersebut disebabkan  aktiviti luar.

BIODATA MUDIR PONDOK TAMPIN


Pondok Tampin diasaskan oleh al Syeikh Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Raof Bin Haji Nurin حفظه الله

 Beliau dilahirkan di Kampung Lebu, Bentong, Pahang Darul Makmur bertarikh 22 jun 1964. Antara pendidikan dan pelajaran beliau ialah bermula di Pondok Madrasah al-Rahmaniah, Kampung Telok, Bukit Pinang, Kepala Batas Alor Setar, Kedah. Di pondok ini beliau menuntut selama dua belas tahun dan berguru kepada Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman. Kemudian beliau menyambung ke Pondok Madrasah al-Ijtimaiyyah, Kampung Dundang, Sungai Jagung Padang Pusing Pendang, Kedah selama tiga tahun di bawah asuhan Tuan Guru Haji Halim Bin Haji Majid. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke  Pondok Madrasah al-Ijtimaiyyah, Padang Lalang Bukit Mertajam Seberang Perai selama setahun di bawah asuhan Tuan Guru Ustaz Hamzah Bin Tuan Guru Haji Ja'far al-Hafiz dan kemudiannya menyambung pengajiannya di Pondok Madrasah al-Shomadiah al-Barokiah, Kampung To Ruk, Kok Chan, Mayor, Patani, Thailand selama dua tahun di bawah asuhan Tuan Guru Baba Hasan Bin Abdul Lathif. Beliau juga mengikuti program ziarah sambil belajar ke negara-negara Islam seperti di Mekah, Madinah, Syria (Damsyik), Mesir, Hadramaut dan Turki.

Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Raof merupakan seorang yang sangat cenderung pada ilmu agama dari kecil lagi. Beliau telah diasuh dengan pelajaran dan didikan agama semenjak dari pangkuan datuknya. Datuk beliau pernah mengikuti pengajian pondok di Pondok Tok Sheikh Nawawi Langgar, Alor Setar, Kedah selama empat tahun. Selepas menamatkan sekolah peringkat menengah, beliau terus terjun ke bidang tersebut dengan mengikuti pengajian pondok, namun sebelum beliau keluar menuntut ilmu, beliau telah diijazahkan oleh Allahyarham Tuan Haji Long, datuk saudara beliau dengan Tarekat Naqsyabandiyah ketika berusia 16 tahun.

 Pondok pertama yang dimasukinya adalah Pondok Pak Ya Telok Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah di bawah asuhan Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman yang di mana tuan guru ini merupakan bekas penuntut di Pondok Bunut Payong, Kelantan selama 29 tahun dan telah mengkhatamkan kitab-kitab besar. Di sini , Tuan Guru Sheikh Abdul Raof mula mengenali asas-asas ilmu antaranya Matan al-Jurmiyah (nahu), Matan Bina (sorof), Safinatun Naja (feqah), Ummul Barohin (tauhid) kemudian beliau mempelajari Mukhtasar Jiddan (nahu), Fathul Qorib (feqah), Mutamimmah (nahu), Kawakib (nahu), Tafsir Jalalain (tafsir), dan Tafsir Baidowi Melayu (tafsir)

Pada Tahun 1984 beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Pondok al- Ijtimaiyah Kampung Dundang, Padang Pusing Pendang, Kedah. Menuntut denganTuan Guru Haji Abdul Halim Bin Haji Majid. Di sini beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab antaranya kitab nahu iaitu Matan al-Jurmiyah , Mukhtasar Jiddan, Yasin al-Fakihi, Asymuni Shobban, kitab (feqah, usul feqah dan qawaid feqah) antaranya Kifayatu Akhyar, al-Iqna', Sirajul Wahhaj, Fathul Wahhab, Syarah Waraqot, Lathoiful Isyarat, al-Luma' Al Asybah wan Nazhoir, kitab (hadis) antaranya Riyadhus Sholihin, Bulughul Maram, Hadis Abi Jamrah, Hasyiah Syanwani, Muwatta Imam Malik, Hadis Abu Daud, kitab (tafsir) antaranya Tafsir Jalalain, Hasyiah al- Showi, Tafsir Nurul Ihsan dan kitab-kitab jawi iaitu Siyarussalikin, Kasyful Litham dan Furu' Masail serta kitab -kitab jawi yang lain.

 Tiga tahun kemudian beliau kembali menuntut di Pondok Tuan Guru Haji Yahya Telok dan belajar pula dengan Tuan Guru Haji Husain Kampung Teluk Bagan, Jalan Datok Kumbar Alor Setar), dan mengkhatamkan kitab Lamiyatul af'al (sorof) Syazzul Araf (Sorof), Kifayatul Akhyar (fekah),Husnul sayaghah (balagah)..
Beliau menyambung pelajarannya dengan Tuan Guru Haji Yahya serta berulang alik menadah kepada guru-guru sekitar Alor Setar. Pada peringkat ini beliau mula menadah kitab al-Mahalli kepada Tuan Guru Haji Yahya. Beliau juga bermulazamah dengan Tuan Guru Haji Husin Bin Syeikh Abdul Rahman al-Jaruumi yang merupakan murid kepada Syeikh Abdul Qader Mandeling iaitu ulama melayu yang mengajar di Masjidil Haram. Beliau sempat mengkhatamkan kitab Faidhul Khobir (usul tafsir), Matan Alfiyah (nahu), sebahagian syarah Ibnu Aqil (nahu), Muhimmah Kawakib Duriah (nahu), Fathul Mubin (feqah), Syazzul Uruf (nahu), Fathul Qorib (feqah), Idhohul Mubham (mantik), al-Nafahah al-Hasaniah (faraid), Husunus Shayaghah balaghah dan beberapa buah kitab yang lain. Beliau juga sempat menghadiri majlis tawajjuh Tarekat Naqsyabandiah Mujadidiyah bersama Tuan Guru ini.
Beliau juga sentiasa mulazamah dengan Tuan Guru Haji Cik Ahmad, Kokdiang dan mengkhtamkan kitab Ilmu Faraidh tulisan tuan guru ini iaitu (Inilah Risalah yang dinamakan tangga kanak-kanak yang mula belajar ilmu Faraidh) dan beliau juga bermulazamah dengan Tuan Guru Pak Su Mid di Bukit Tembaga jalan ke Kuala Nerang, Alor Setar, Kedah dan mengkhatamkan kitab Manhallu Shoffi dan mentahkikkan masalah-masalah dan istilah-istilah halus dalam ilmu tasawuf. Kemudian beliau berpindah ke Madrasah al-Ahmadiah al-Ijtimai'yyah Pondok Padang Lalang Bukit Mertajam Seberang Perai, Pulau Pinang dan belajar kitab ilmu alat kepada Tuan Guru Haji Hamzah al-Hafiz iaitu kitab Syarah Waraqot (usul fiqh), Faidhul Khobir Wa Khulasah Al Taqrin (usul tafsir), Syarah Baiquniah (musthalah hadis), Syarah Syuzuz Zahab (nahu) dan sebahagian kitab Ihya Ulumuddin (tasawuf) Imam Ghazali. Beliau juga sempat belajar sebahagian dari kitab Bughyatul Mustarsyidin semasa pondok padang lalang. Beliau juga sempat bermulazamah dan menadah Syarah al-Hikam Tok Pulau Manis dengan Tuan Guru Haji Sheikh Daud Malaudan di sini juga beliau bertemu dengan Syeikh Ali al-Tohiridi Madrasah Pondok Padang Lalang ini dan dibaiahkan dengan Ilmu Tarekat pada Rohaniah dan Jasmaniah  oleh Tuan Sheikh Ali Al Thohiri.

 Kemudian pada tahun 1991 beliau menyambung pengajiannya ke Pondok Madrasah al-Somadiah al-Barokiah, Banggol Pauh, kampung Tok Rok, Kok Chan, Mayor, Thailand selama dua tahun setengah dengan Tuan Guru Baba Hasan Bin Abdul Lathif merupakan murid tua kepada Tuan Guru Rashid Wara (ulama rujukan dan ulama tertua di Fathoni pada masa itu). Di sini beliau mentahkikkan dan mengkhatamkan kitab-kitab:
Feqah seperti Al Mahalli, I'anah Tholibin dan Fathul WahHab. 
Nahu seperti Syarah Sheikh Kholid, Syarah Syazzul Zahab, Syarah Usymawi, Yasin al-Fakihi, 
Beliau juga sempat mengkhatamkan kitab ilmu Nahu, iaitu Syarah Ibnu Aqil ala  Matan Alfiyah selama sebulan di bulan Ramadhan bersama Tuan Guru Pa Da, Bukit Palas Yingo.
Ilmu wadie - Tasyniff al-Samie , 
Ilmu Isytiqaq- Kitab Bulghotul Musytaq, 
Ilmu Mantiq- Kitab Risalah Ilmu Mantiq, 
Usul feqah- , Lathoiful Isyaraat . 
Shorof-  Syarah Lamiyatul Af'al  
dan beberapa buah kitab jawi. 

Semasa beliau masih menuntut dipondok Madrasah Ijtimiaiyyah Pondok  Sungai Jagung , beliau telah diijazahkan oleh Tuan Guru Haji Arshad , Jalan Haji Mat Saad  , Bagan, Sebrang Prai, Pulau Pinang  dengan  sanad-sanad Kitab- kitab  Ilmu yang terkandung didalam kitab Maslakul Jaaly susunan Al Allamah Musnid Dunia Al Sheikh Yaasin Isa Al Fadani. Didalam kitab tersebut diriwayatkan semua sanad Ilmu yang diterima dari Fadhilatus Sheikh Ali Al Maaliki termasuk sanad Kitab Sunan Sittah dan lain-lain.
Tuan Guru Haji Arshad juga telah mengijazahkan  beramal Selawat  Dalaiul Khayrat serta silsilah sanadnya yang diterima dari Sheikh Yasin hingga sampai kepada Imam Jazuli penyusun Dalailul Khayrat.

Sebelum Tuan Guru Sheikh Abdul Raof memulakan pengajian dengan membuka Pondok ,  beliau telah diijazahkan Kitab Nihayatul Muhtaj oleh Tuan Guru Haji Yahya, Tuan Guru Haji Yahya menulis pada ijazah Nihayah, ijazah melalui Fadhilatu Sheikh Abdullah Tohir, Pondok Bunut Payung, Kelantan.  Tuan Guru Haji Yahya  membacakan  sebahagian  diawal  dan akhir Kitab Nihayah tersebut.

Setelah berbelas tahun beliau mengaji dan menjalani rehlah ilmiah dan rohaniah, beliau telah pulang dan membuka pusat pengajian pondok yang dinamakan Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin Negeri Sembilan, dan mula mengajar dari Tahun 1996. Beliau mendapat tauliah dan diberikan kebenaran mengajar dan berceramah di seluruh 1.Negeri Sembilan, 2.Selangor , 3.Wilayah Persekutuan, 4.Perak dan 5.Kedah dan juga merupakan tenaga pengajar kepada kelas pemantapan ilmu untuk guru-guru takmir seluruh daerah Tampin dan kepada para imam dan pegawai masjid seluruh daerah Tampin, Negeri Sembilan. Beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab antaranya ;
1.Kitab Ringkasan Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah, 
2.Kitab Syarahan Minhajul Abidin, 
3.Kitab Umdatul Muthotohhirin bagi masalah feqah, 
4.Kitab Dunia Yang Akhirat yang menghimpunkan segala doa dan amalan yang bersumber dari kitab-kitab klasik arab yang merupakan amalan ulama-ulama dahulu, 
5.Kitab Bahsul Kholisah Ila Bayan Ruh Wal Hadrah membahaskan mengenai tahlil dan kenduri arwah, serta beberapa buah risalah antaranya 
6.Risalah Nur Muhammad perbahasan mengenai Nur Muhammad, 
7.Risalah Ghorib Kitab Kasyful Litham, membahaskan mengenai persoalan di dalam kitab Kasyful Litham, 
8.Risalah Dalil-Dalil memakai serban, 
9.Risalah Isra' wal Mi'raj dan banyak lagi kitab , buku dan risalah lain.

Beliau juga membuka sesi soal jawab fardhu ain di dalam laman web iaitu pondoktampin.blogspot.com.

Antara pelajar Tuan Guru Sheikh ini  yang berjaya menjadi alim dan menjadi tuan guru antaranya;
1.Ustaz Shamsuri bin Hassan, mengajar di Bukit Mertajam Pulau Pinang,
2.Ustaz Sofhan bin Halim membuka pondok Madrasah Aliyah Seremban,
3.Ustaz Azlan bin Abdul Lathif membuka pondok di kampung Sungai Kembong Bangi, Selangor , beliau   seorang ustaz dan  engineer ,
4.Ustaz Bahizan kampung Juru, Bukit Mertajam Pulau Pinang
5.Ustaz Safwan bin Zainul Azmin, membuka madrasah (pondok) di kampung Sri Damai Kuantan Pahang.
6.Ustaz Suhaifullah bin Sulong , mengajar diSeremban.
7.Ustaz Imran bin Abd Manan. Seremban.
8.Ustaz Hafizuddin bin Mahdi, mengajar di Kuala Lumpur.
9.Ustaz Shamsuzi , masih menuntut di Tarem , Hadramaut, Yamen. 
dan ramai lagi yang telah berjaya dan menjadi alim serta mengajar masyarakat.

Tuan Guru Sheikh ini  juga antara guru penulis yang amat disayangi dan banyak memberi nasihat dan bimbingan kepada penulis untuk menjalani hidup di alam yang fana' ini.

Sebagai tambahan maklumat bahawasa Tuan Guru Sheikh Haji Abdul Raof  selain sebagai Guru Besar,  pondok juga merupakan tenaga pengajar bagi guru-guru Takmir di sekitar Daerah Tampin Negeri Sembilan.

Jawatan yang disandang  beliau diperingkat nasional:
-Timbalan Yang Dipertua 1 Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.
- Kluster MPI .

Semoga usaha-usaha beliau diberkati dan mendapat rahmat Allah s.w.t dan dipanjangkan umur dan di limpahkan kesihatan kepada beliau Amin Ya Allah.Semoga Allah meramaikan lagi ulama seperti beliau yang terbuka kerana ramai juga penuntut-penuntut dari universiti,ipta ipts yang akan mendapat manfaat dari beliau hafizahullah .
..........................................................................................................................................................
....qouted....


catitan ini adalah kertaskerja al ustaz Nazerul Razif ..Program Dagree Usuluddin dan Hadis UISAS Kuala Kangsar Perak Daful Ridzuan.

KEPENTINGAN KITAB SYARAH AL MAHALLI SEBAGAI TEKS RUJUKAN RINGKAS.

$
0
0
KEPENTINGAN KITAB SYARAH AL MAHALLI SEBAGAI TEKS RUJUKAN RINGKAS.

Dalam hubungan rujukan kitab yang perlu dipelajari dan dihadzamkan dan dijadikan sandaran oleh para penuntut  dan para Mufti dan Qadhi Mazhab Shafie, biasanya sudah termaklum akan ditujukan kepada 4 buah kitab besar yang merupakan komentar dan  footnote kepada teks  matan  منهاج الطالبين  penulisan pentahkik fatwa-fatwa dalam mazhab Shafie iaitu Imam Nawawi .


Sekalipun lebih dari 200 buah kitab yang telah dihubungkaitkan dalam bentuk komentar (syarah/huraian) atau ringkasan terhadap  matan ilmu fekah yang ringkas ini, namun keutamaan untuk memilih 4 buah kitab ini telah dilakukan oleh para ulama terkemudian termasuk para ulamak diNusantara iaitu alam Melayu. Malaysia, Fathoni, Indonesia, Selatan Filifina, Brunai dan termasuk Kemboja.

Berdasarkan sebab-sebab yang sangat munasabah, para fukaha muta'khirin, maksudnya selepas periode pengarang kitab-kitab tersebut , telah menjadikan keempat buah atau salah satunya sebagai teks pembacaan didalam setiap kuliah para Sheikh yang mengajar fekah mazhab Shafie dimadrasah atau universiti  Islam.


1. تحفة المحتاج - شيخ ابن حجر الهيتمى
2. نهاية المحتاج - شيخ رملى
3. مغنى المحتاج- شيخ خطيب الشربينى
4. شرح المحلى - امام المحلى.


Pemilihan kitab المحلي djjadikan  sebagai teks tahap minimum  untuk kelas tertinggi dimadrasah, pondok dan universiti Al Azhar Syarif khasnya . Maklumat yang diwarisi dari para sesepuh kita mengatakan , telah menjadi tradisi para tuan guru, kiyai, baba , ustaz berusha sedaya upaya belajar , menadah , berlaqqi kitab syarah al Mahalli ala minhaj thoolibin ,bermusyafahah harfan bi harfin iaitu huruf demi huruf dibawah asuhan dan bacaan para guru mereka. Para santri, para pelajar pondok , para tok faqir pondok akan mencatit setiap ta'liq, taqrir, tarsyih dari kalam dan kalimat yang diluahkan oleh para Sheikh, Tuan Guru, Kiyai , Baba dan para Tuan Guru.

Sudah menjadi satu standard yang difahami oleh masyarakat ilmu dinusantara zaman silam , mengkhatamkan kitab Syrah al Mahalli ini merupakan bukti atau ijazah maknawi kealiman ssseorang pelajar dalam  bidang fekah mazhab Shafie r.a.  Walaupun sesorang santri, pelajar atau tok fakir pondok tersebut tidak diberikan pengiktirafan bertulis , sudah memadai dengan pengkhataman sebagai tanda atau simbol keizinan mengajar atau untuk diberikan title kealiman seseorang santri.


KEPENTINGAN KITAB SYARAH AL MAHALLI SEBAGAI TEKS RUJUKAN RINGKAS.

$
0
0
Bahagian 2 .
KEPENTINGAN KITAB AL MAHALLI SEBAGAI TEKS  RUJUKAN RINGKAS.

Kebiasaannya kitab fekah Syarah Minhajul Tholibin karangan Imam Jalaluddin al Mahalli digelar oleh para ulama dengan nama kitab al-Mahalli disamping itu ada nama lain bagi kitab syarah ini yang telah diberikan oleh pengarang Kasyfuz Dzunun juz 2 muka surat 1873 iaitu Sheikh Haajii  Khalifah dengan judul KANZUZ ROGHIBIN.


3 buah kitab , itu  1.Tuhfatul Muhtaj  2.Nihayatul Muhtaj, 3.Mughni Muhtaj adalah kitab yang terkemudian selepas daripada Syarah al-Mahalli. Oleh yang demikian, pada hakikatnya 3 buah kitab ini merupakan huraian yang lebih lanjut pada MAKNANYA  nisbah  kepada Syarah al-Mahalli.


Syarah al-Mahalli dikarang lebih dahulu daripada 3 buah kitab tersebut,  bermakna kitab Syarah al- Mahalli merupakan kitab terawal daripada 3 buah kitab tersebut.

Di dalam Nihayatul Muhtaj juz 1 muka surat 9 karangan Sheikh Ramli Rahimahullah disebut puji-pujian dan sebab-sebab yang menjadikan kitab Syarah al-Mahalli sebagai rujukan dan menyingkap makna-makna tersirat di dalam Matan Minhajul Tholibin dan menerangi ibarat yang terselubung, membukakan pintu-pintu makna bagi matan Minhajul Tholibin dengan Syarah al-Mahalli sebagai anak kuncinya, memudahkan bagi penuntut / pelajar menjalani liku-liku ibarat Minhajul Tholibin, dipenuhi dengan himpunan nama-nama para ulama dan gelaran-gelarannya......tidak adalah melainkan sebab takdir qada dan qadar yang tidak menolong pengarang untuk memberi penjelasan setiap ulasan-ulasan ringkas beliau maka kewafatan yang menjadi takdir Ilahi telah menjadi penyebab terhalangnya  untuk penjelasan yang lebih luas.


Imam Mahalli telah meninggalkan perkara-perkara yang susah difahami iaitu tidak dicatit dalam syarahan ini,  yang kebiasaanya di dalam kitab-kitab besar dikemukakan oleh   kebiasaan pengarang seperti (الغاز) iaitu teka-teki dalam ilmu fekah. Ini menjadikan  komentar beliau merupakan satu penjelasan yang ringkas dan padat.

Nisbah syarah al Mahalli dengan ke3 buah kitab:

1. Tuhfatul Muhtaj- Imam Ibnu Hajar. (Wafat 974 Hijrah).

Kitab Tuhfah karangan Imam Ibnu Hajar al-Haitami kebanyakkan kandungannya adalah merupakan hasyiah ( nota)  bagi gurunya iaitu Sheikh Ibnu Abdul Haq yang merupakan huraian bagi Syarah al-Mahalli.


2. Nihayatul Muhtaj -Imam Ramli  (Wafat 1004 Hijrah)

Kitab Nihayatul Muhtaj karangan Sheikh Ramli adalah penerusan bagi keilmuan beliau dan guru besar beliau iaitu ayahnya Sheikh Syihab al-Ramli.


3. Mughni Muhtaj- Imam Khatib Syarbini (Wafat 977 Hijrah).

Kitab Mughni Muhtaj karangan Khatib al-Syarbini yang merupakan karangan yang lebih awal daripada kitab Tuhfah dan Nihayah telah menghimpunkan semua komentar syarah-syarah bagi matan Minhajul Tholibin dan faedah-faedah daripada karangan Sheikh Zakaria al-Ansori dan melanjutkan pendapat guru beliau iaitu Syihab al- Ramli dan juga nukilannya  diambil daripada syarah Minhajul Tholibin karangan Imam Ibnu Syuhbah.



Jika diperhatikan tobaqah ataupun peringkat bagi 3 buah kitab tersebut adalah terkemudian daripada Syarah al-Mahalli disebabkan kesemua pengarang 3 buah kitab tersebut berguru dengan Sheikhul Islam Zakaria al -Ansori ( Lahir 826 h - Wafat 926 Hijrah)  sementara Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori berguru kepada para murid Imam Mahalli (Wafat 834 Hijrah)


*Menarik*

* Di dalam Syarah al- Mahalli tidak mempunyai istilah-istilah tersendiri melainkan yang termaklum daripada istilah-istilah yang telah wujud sebelumnya yang berkait dengan matan Minhajul Tholibin sahaja.

*Di dalam Tuhfah, Nihayah dan Mughni dijumpai istilah-istilah yang tersendiri.

......................

Mazhab campur2 boleh?

$
0
0
Talfiq yg menyebabkan batal sesuatu ibadat ,  mengharuskannya secara mutlak adalah Haram dan melanggar ijmak.

 Talfiq ada 2 hukum, harus dan haram.
Memang selalunya depa kelirukan orangamai.. demi untuk meluluskan rencana depa, ...boleh pakai ja ijtihad2 mereka walau bertentangan dgn orang dulu...maka dilekeh2kan lah pegangan orang awam  dgn cara sepertiitu..
 Konon orang awam pun campur ja amalannya...ada ja talfiq2 mazhabnya , cuma  sedar atau tidak sedar sahaja.
Haa..pakai borong ja..semua talfiq halal...

Termasuk talfiq2 haram yg depa dah kemukan pada orang awam....
Tu le hal nya...
 Sedangkan  sekalipun ada talfiq yg harus...kena halusi lagi..kalau yg diamalkan tu bkn amalan mazhab muqallid tu sendiri dan tidak ada darurat apa pun dia nak beramal begitu..maka tak dapat pahala juga.. sbb muqallid dibenarkan beramal dgn mana2 amaln yg diluar mazhabnya  bila ada perlu dan Amaln itu adalah telah diiktibar ulamak  Ulamak fekah mazhabnya...

Sebab , orang awam yang tahap muqallid ,, tak disuruh dan tidak diperintah berijtihad atau mentahkikkan atau mentarjhkan pun mana2 pndapat ulamak fekah untuk dia beramal. Dia hanya diperintahkan bertanya hukum itu , ini pada orang alim, ulamak ..kalau bab fekah, pada ulamak fekah lah...
Ulamak pulak yg boleh ikut/ taklid  tu yg muktabar, yang muayyn mazhabnya, yang tentu mazhabnya... yg tidak tasahul berfatwa. Tasahul dlm fatwa adalah ciri2 ftwa yg haram diikuti.
Mufti yg tasahul,, adalah berdosa.
Mufti ada banyak peringkat. Kebanyakkan nya sekarang ini tahap, mufti darurat syarie...mufti tahap darurat sahaja seperti yg sheikh daud fathoni sebut dlm furu masail.
Sesorang mufti selagi tidak sampai tahap tarjih,, dia dianggp masih ditahap orang Alim ulamak yang bertaqlid pada mazhabnya. Dia wajib berfatwa mengikut pendapat2 yang muktamad dalam mazhabnnya melainkàn ada sebab yg  perlu , maka diharuskan berfatwa dgn pendapat yang lemah dan pendapat luar mazhabnya.

Kalau sampai tahap boleh mentarjih?. Maka wajib dià fatwakan ikut tarjih dirinya. Dan orang lain tidak wajib ikut dia jika bertentangan dgn pendapt2 yang telah diputuskan oleh majoriti ulamak dalam mazhab mufti tu. Mufti itu kena buat semakan pula disudut maslahah dan mafsidah aamah... kepentingan2 orang ramai. Ada faedah dan mudrat ke pada awam. Dia tidak boleh senang lenang fatwakan tarjih dia yang menyusahkan orang awam. Seperti yang berlaku dalam setengah2 kes dalam negara kita.
Melainkan jika dia gunakan autoriti kuasa pemerintah...itu masalah lain. Maka harus. Sebabtu kita mesti ramaikan kawan2 yang sefahaman dengan kita dalam jabatan2 mufti dan pihak berwajib diperingkat negeri dan kebangsaan. Supaya agama kita terpelihara dan masyarakat kita bangun maju dengan keredoaan Tuhan.
........
Mufti yang tahap boleh tarjih ada tidak sekarang  ?.. memang tak pernah saya jumpa.. yang ada mendakwa boleh tarjih , macam tu memang banyak....

Wallahu a'lam.

Kirim doa keMekah dan Salam ke Madinah

$
0
0
ADAB BERDOA , DENGAN HARAPAN DIKABULKAN. TIDAK PULA PASTI .

1.Terbaik....orang kirim doa keMekah melalui kita,  tolong bacakan ditempat2 makbul  tertentu  dengan tidak disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita pun tidak mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim. Samada di beri atau tidak , tidak terguris pun dihati. Cara ini yang biasa diamalkan orang Melayu  kita. Mudahan2 ikhlas berdoa dan ikhlas memberi, mudah dimakbulkan Allah.

2. Baik. Orang kirim doa keMekah melalui kita,  tolong bacakan ditempat2 makbul  tertentu  dengan tidak disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita pun tidak mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim. Tetapi bila diberi seronok , bila tidak diberi , akan terkesan  dihati. Cara ini juga biasa diamalkan orang melayu kita. Mudahn2 ikhlas berdoa dan ikhlas memberi akan mudah dimakbulkan Allah.

3. Harus , tidak bercanggah hukum syarak, tidak haram , tetapi kurang baik,

Orang kirim doa keMekah melalui kita tolong bacakan ditempat2 makbul  tertentu  dengan disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim, jika diberi kita berdoa , jika tidak diberi, tidak berdoalah kita.
Cara ini kurang  biasa diamalkan orang Melayu  kita,  Melayu kita halus budinya, kalau tidak diminta pun akan diberi juga walau sedikit sebagai membalas budi kerana tolong berdoa. Itu sikap sebenar Melayu kita. Bangsa yang punya budi mulia.

Tapi selalu juga kita jumpa ada orang bangsa lain  minta upah baca doa. Soalnya tentu ada hujjah pada sisi mereka keharusan ambil upah berdoa. Kalau begitu,  menurut mazhab kita tentu juga ada dalil2 yang mengharuskannya. Saya ulangi,, sekadar hukumnya harus dan tidak melanggar hukum2 syarak.

Natijahnya bagi cara yang ke  tiga ini ialah:

Mudahan2  berdoa ditempat2 makbul, dimakbulkan Allah. Sebab BAITULLLAH TEMPAT MENUMPAHKAN AIR MATA DAN HAJAT2 HAMBA KEPADA ALLAH...TIDAK KIRA YANG DATANG MENGHADAP ITU IKHLAS ATAU TIDAK DALAM DOA DAN MUNAJATNYA...SUDAH  TEMPATNYA. PUTUS  BICARA.

....
Kesimpulannya, isu upah berdoa yang sedang hangat diviralkan , sepatutnya tidak rnenjadi perkara besar sehingga timbul anggapan ajaran baru pula. Wassalam.

Niat ibadat dan bèrniaga dalam ibadat?.

$
0
0
Sheikul Islam Zakariyya al Anshori r.a berkata:

Darjat Ikhlas ada Tiga:
1.Tertinggi.
2.Pertengahan.
3.Rendah.

a.MAKA PANGKAT TERTINGGI , bahawa beramal seseorang hamba kepada Allah semata2 kerana melaksanakan perintahNya dan mendirikan Hak Ubudiah ( tugas sebagai hamba abdi). Bukan kerana tamakkan syurgaNya dan bukan pula kerana takutkan nerakaNya. Oleh sebab itu , berkata Sayyidah Rabi'ah al A'dawiyyah:
Tidak daku beribadat kepda Mu kerana haloba kepada syurga Mu dan kerana takut kepada neraka Mu, hanya beribadatku pada Mu kerana melaksanakan Perintah Mu.

b.PANGKAT PERTENGAHAN, Bahawa beramal sihamba kerana balasan pahala di Akhirat.  Kerana ini didapati pengarang kitab dan lain2 berkata " kerana mengharap balasan pahala .....".

c.PANGKAT RENDAH, Bahawa beramal sihamba kerana menuntut kemuliaan dari Allah didunia dan keselamatan dari bencana2 Dunia .

Selain dari tiga tujuan (beribadat) ini, adalah riyak, sekalipun berlebih kurang bentuk2 riya itu.

IMAM AL GHAZALI R.A BERKATA :
Apabila terdapat disana dua niat tujuan beribadat,

1.tujuan keduniaan dan
2.tujuan keakhiratan.

Contohnya seseorang yang musafir (keMekah) tujuannya untuk:
1. Haji dan untuk Berniaga ,
2. atau untuk Jihad dan Mendapat harta rampasan perang,
3.atau Berhijrah dan Berkahwin.

...a.Maka jikalau niat tujuan keduniaan melebihi (dari tujuan akhirat ) dia tidak mendapat pahala.

...b.Jika niat tujuan keagamaan lebih banyak , dia mendapat pahala menurut kadar Niat niat tujuannya.

....c.Jikalau bersamaan antara tujuan agama dan keduniaannya, maka dia tidak mendapat pahala juga.

..terjemahan dari kitab Hasyiah Bujairimi Iqnak..juzuk 1, muka surat 18. Cetakan Dar Fikar, Bairut.

Upah ibadat dalam Fekah kita

$
0
0
Doa tu ibadah ianya percuma....kalau antara kita terus je  dgn Allah ditempat kita berada sekarang memang la prcuma.
kalau doa tu ibadah ianya percuma, tapi berkait dgn wasilah untuk berdoa tu...contohnya orang bernazar berdoa diMekah,,,nak sampai keMekah tu percuma juga ke??.

Dalam fekah kita banyak sangat contoh2 ibadah yg boleh upah. Kadang2 jadi wajib.
Contohnya...
1. Haji badal. Adakala wajib waris keluarkan bahagian pusaka mayat yg tak buat haji fardhu masa hidup dia sbb sibuk sangat, padahal dah kaya. Maka bayar upah badal itu wajib.
2. Tajhizkan mayat , jika kesulitan semua ahli qaryah muslimin , melainkan dgn diupah maka harus diupah untuk tajhizkan mayat.
3. Upah baca quran untuk mayat..
...dan lain2...semua masalah2 ini ada disebutkan dalam kitab fekah muktamad Mazhab kita Shafie...

.....adapun mereka yg tidak mahir ilmu fekah dan ushul fekah, mereka dakwa orang ramai beri duit masa sembahyang jenazah , letak dlm envelope rm 10 contohnya, sebagai upah sembahyang jenazah, mereka silap beberapa perkara.
1. Duit yg diberi kepada orangramai itu bukan upah sembahyang jenazah. Itu duit sedekah dari pihak keluarga mayat atau  dari khayrat kematian. Bukan upah. Cuba tanya masyarakat  yang beramal begitu, upah ke sedekah?.

2. Serkap jarang atau andaian2 mereka yg tidak mahir ini selalu dipercayai orang, tapi bertambah jelas kejahilan mereka bila mereka menolak boleh bersedekah kepada orang hidup diniatkan sedekah itu untuk mayat.. sebab keharusan bersedekah begitu dalilnya ijmak..
....dan lain2 lagi.

Dakwat Sotong, Apa Hukum Memakannya?.

$
0
0



Persoalan mengenai dakwat sotong adakah najis atau tidak menurut kitab para ulama muktabar dalam Mazhab Syafie. Perlu dijelaskan perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat Islam terutama di nusantara yang telah lama berpegang dengan Mazhab Syafie. Najis hukumnya tuan-tuan.
Perlu juga diberi perhatian kepada pihak-pihak yang hanya sekadar membaca kitab Mazhab Syafie tetapi tidak memahami ibarat-ibarat , istilah-istilah dalam Mazhab Syafie.
Tuan guru juga mengulas mengenai kepentingan berpegang dengan kitab-kitab Jawi Turath kerana ulama dahulu mengaji berpuluh-puluh tahun bukan macam sekarang yang mengaji mengejar pangkat dan melakukan kajian sendiri berbanding mereka dahulu yang menadah harfan bi harfin bertahun - tahun lamanya. Kesimpulannya peganglah kitab Jawi Turath karangan para ulama nusantara kita.
Di akhir video ini Tuan Guru mengupas mengenai kepentingan berpegang dengan akidah sifat 20, Matan Ummul Barahin dan iktikad Allah Wujud Tanpa Bertempat merupakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Link asal video.https://youtu.be/h1_e5jHiggE

Kenduri Arwah Terlarang Berdasarkan Kitab al Majmuk Imam Nawawi?.

$
0
0




Menjelaskan mengenai kekeliruan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kalam nas ulama dengan mengatakan bahawasanya kenduri tahlil arwah haram dan bid'ah berdasarkan kitab Majmu' Imam Nawawi dan kitab jawi seperti Furu' Masail, Bugyatut Tullab dan lain-lain.


klik https://youtu.be/zNeEMh5o7vs

Wajib bermazhab

Kepala mayat lelaki semasa disembahyangkan, letak arah mana?

$
0
0

Kepala mayat lelaki diletakkan disebelah kiri imam , maknanya mengirikan kiblat.

Kepala mayat perempuan diletakkan disebelah kanan imam , maknanya menganankan imam.

Masalah ini disebut didalamkitab Furu'  Masail muka surat 173 juzuk awal,

HURAIAN SIFAT-SIFAT MAANI

Kehebatan Imam Tajuddin As Subki dalam Usul Fekah.

$
0
0



Al Imam Tajuddin Abdul Wahhab bin Ali bin Abdul Kaafi al Subki - wafat 771 hijrah,  telah mengarang 5 buah karangan dalam bidang ilmu Usul Fekah. 

1. Al Ibhaj Syarah Minhaj al Baidawi , telah dicetak.

2. Raf 'ul Haajib  syarah Mukhtasar Ibnu Hajiib , tahkik al Azhar - belum dicetak .

3. Jam'ul Jawamik- dicetak.

4. Man'ul Mawani'.- dicetak.

5. al Ta'liq fi Ushul al Fiqh- masih dalam bentuk manuskrip asal.



Mengenai Jam'ul Jawamik, merupakan sebuah karangan  yang nipis tetapi setiap bab pembicaraanya adalah satu penemuan cara baru yang belum  pernah disusun  mereka yang sebelumnya, sangat bernilai diantara kitab-kitab Ilmu Usul.

Pengarang telah menyusun karangannya menyentuh dua Ilmu Usul iaitu Ilmu Usul Fekah dan Ilmu Usuluddin.  

Maka jadilah Jam'ul jawamik sebuah karangan yang berbeza dengan karangan-karangan lain dibidang Ilmu Usul , sangat indah ibarat-ibarat dalam setiap sentuhan matapelajarannya, gayabahasa yang sangat ringkas dan lafaz-lafaznya menghikayatkan majaz-majaz.

Para ulamak diseluruh pelusuk benua  telah memberikan  perhatian kepadanya dengan menulis komentari dan syarahan huraian menyebabkan Jam'ul Jawamik tersebar di pusat-pusat pengajian ilmu seluruh dunia.

Jam'ul Jawamik adalah merupakan KITAB bagi manusia di Timur dan Barat , telah kekal penobatan begitu semenjak ianya dikarang hingga lebih dari 300 tahun.




Berkenaan Kitab Jam'ul Jawamik

$
0
0
Kitab Jam'ul Jawamik:


1.Bila diitlaqkan belajar Jam'ul Jawami dipondok2 sekitar nusantara biasanya adalah syarah al mahalli atas jam'ul jawamik karangan imam Tajus Subki.

2.Bukan semata2 matan Jam'ul Jawamik..

3.Belajar sahaja belum menjamin Faham makna seluruh matan dan syarah2nya.

4.Jika faham, belum tentu mampu untuk mempraktikan isi2 kandungannya.

Ramai para tuan guru yang telah kembali kerahmatullah yang saya bertemu mereka mengatakan :

Jamu'ul Jawamik adalah darjah Fuhul Ulamak untuk memahami dan praktik.
Adapun sekadar belajar, juga sudah perlu kepada persediaan cukup , bukan sekadar nahu shorof sahaja.

Wallahu 'lam.

Tok Kelaba menurut T.G Haji Wan Saghir

$
0
0

al marhum Haji Wan Saghir bin Wan Abdullah menulis dlm salah satu lama beliau:
Karya Fiqh Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba)
Murid Sheikh Ahmad al-Fathani, juga murid Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani bernama Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif atau lebih terkenal dengan gelaran Tok Kelaba (1280 H/1863 M-1367 H/1947 M).
Beliau menyusun beberapa kitab dalam bahasa Arab dan bahasa melayu. Kitab fiqhnya yang terbesar ialah Hadaiqus Shalawat fil Khalawat wal Jalawat. Manuskrip kitab ini ada dalam simpanan penulis, dan merupakan kitab yang terbesar karya Tok Kelaba, yang melebihi 2,000 halaman.
Halaman sebenar tidak diketahui kerana sekian banyak halaman pada bahagian akhir rosak dan ada yang hilang. Perbicaraan khusus kitab ini adalah mengenai sembahyang yang dilengkapi dengan berbagai-bagai sembahyang sunat, perbahasan secara teliti berbagai-bagai wirid, doa, hizib, zikir, selawat dan lain-lain.

..T.G Haji Wan. 

masalah sembahyang witir dan terawih.

$
0
0
1. Soal : Jika sesorang sembahyang Terawih rakaat 1 salam, adakah boleh dan sah Terawikhnya.

Jawab: Tidak boleh buat Terawih 4 rakaat 1 salam  dan tidak sah sembahyangnya tersebut jika sengaja dia buat begitu. Sah dan jadi sembahyang itu sembahyang sunat mutlak , tidak jadi sembahyang Terawikh  jika dia tidak tahu larangan dibuat dengan 1 salam.

Alasan : Khilaf bagi yang di Syara'kan.  Kerana Terawih menyerupai sembahyang Fardu sepertimana asal di waridkan dia, maka tiada boleh berlaku perubahan dari asal mula diwaridkan kaifiat CARA RAKAAT sembahyangnya.

Rujukan:
a.Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad husien bin Abdul lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.
b. Sabilul Muhtadin- Sheikh Arshad al Banjari.
c. Furu' Masail.- Sheikh Daud al Fathoni.



a. Muka surat 158, juzuk ke dua Tok Kelaba menulis:

(( (Dan) Jikalau sembahyang ia empat rakaat dengan satu salam nescaya tiada SAH ia, jika ada ia senghaja lagi mengetahui . Dan jika TIADA, nescaya jadilah ia NAFAL YANG MUTLAK , kerana menyalahi bagi yang di SYARA'kan dengan bersalahan sunat zohor dan asar seperti barang yang telah difatwa dengan dia oleh Mushannif yakni Imam Nawawi .
Dan difaraq kan antara  keduanya dengan bahawasa Terawikh itu menyerupa ia akan segala fardhu seperti barang yang telah lalu ia MAKA TIADA BERUBAH IA DARIPADA BARANG YANG TELAH DATANG . )).

- Muka surat 130 , Tok Kelaba menulis juga:  Dan Hanya sesungguhnya tertegah oleh Himpun empat pada Terawikh kerana bahawasnya MENYERUPA IA AKAN SEGALA FARDHU DENGAN TUNTUT JEMAAH PADANYA.





2. Soal : Bolehkah Sembahyang Witir  dan Sembahyang Terawih diQadhokan bila tinggal dengan sengaja atau tidak sengaja?.
 
Jawab:Sunat diQadhokan .

Alasannya: Kerana wujud hadis2 Sahih Nabi s.a.w pernah mengqadhokan sembahyang2 sunat berwaktu seperti sembahyang sunat Qobliyah.

Rujukan: Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad Husien bin Abdul Lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.

Muka surat 141 juzuk ke 3 , beliau menulis:

((Sunat Qadho sembahyang sunat yang berwaktu.)).



inhalear batal puasa

$
0
0
Membatalkan puasa bila zat semburan dari inhalear masuk kedalam rongga mulut melebihi had makhraj kha'. Fatwa ini maklum diketahu ramai masyarakat Malaysia.

Sambutan Hari Lahir adalah Harus.

$
0
0
Soal: Sambutan Hari Lahir , apa hukumnya?.

Jawab: Harus , menurut niat ianya dibuat.


Nasnya: Kitab al Fatawa al Tankaliyyah. mukasurat 23 , juzuk 2. karangan Sheikh Haji  Muhammas Ali bin Sheikh Abd. Wahhab al banjari Pondok Kuala Tankal, Jambi ,Sumatra.

...........
Soal: Bagaimana hukum orang yang mengadakan hari ulang tahun genap umurnya enam puluh tahun masalan ( aidul miilad)?.

Jawab: Tafshil; jika niat mengadakan itu kerana mensyukuri Nikmat Allah yang diberikannya kepadanya dengan sujud syukur atau doa selamat , itu adalah bagus dan dianjurkan oleh agama kita .

....



Bolehkah Terawikh 36 rakaat?.

$
0
0

Soal: Apa kata kitab2 tua, kalau kita ditanah Melayu  sembahyang  Terawikh 36 rakaat?.

Jawab: Tidak Harus, sebab bilangan rakaat  lebih dari 36 rakaat itu ditentukan kepada Ahli madinah sahaja, atau ada  alasan2 lain yang patut untuk ditambah lebih dari 20 rakaat. Adapun bagi tempat2 lain hanya 20 rakaat sahaja. jika lebih , tidak lagi dianggap Terawikh. Tetapi khilaf pada sisi Imam Hulaimi, menurut beliau adalah Harus. wallahu a'lam.

Nas:  Kitab Hadaaiqul Shalawaat fil jalawaat. karangan Tok Kelaba.m.s 57



Bengkel Pemantapan Akidah di Hotel Sutera , seremban 2.

Viewing all 251 articles
Browse latest View live