↧
beras orang aceh
↧
potret pahlawan aceh diabadikan dalam muzium
↧
↧
tengku chik di tiro- sheikh muhammad saman . ulamak dan pahlawan terbilang aceh
↧
Al Quran Digital- pembantu para penghafal al Quran dan Hadis.







BANTULAH ANAK DAN SAUDARA , MENGHAFAL AL QURAN DAN HADIS.
DAPATKANNYA DENGAN HARGA TERMURAH.
ALQURAN DIGITAL (1 YEAR MALAYSIA WARRANTY)
Terdapat 4 Qari yang terkenal di dalam set ini:
- Al Sheikh Sa’ad Al-Ghamidi
- Al Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
- Al Sheikh Abdul Basit
- Al Sheikh Mohamed Siddiq El-Minshawi
Set ini datang bersama:-
- Pen Digital AlQuran (berfungsi untuk memainkan audio semua bahan-bahan bacaan di dalam set ini)
- AlQuran (Rasm Uthmani)
- Muqaddam (Belajar asas membaca AlQuran)
- Bacaan asas dalam solat, azan, iqamat
- Bacaan doa-doa harian
- Bacaan Asma ul Husna
- Bacaan doa-doa haji dan umrah
- Nasyid-nasyid terpilih
- Sahih alBukhari
- Bacaan asas komunikasi (Travel Dictionary in Arabic, English, French, German, Portuguese, Spanish, Turkish, Dutch, Russian, Italian, Thai, Japanese, Korean, Chinese)
- Buku manual cara penggunaan Pen Digital
- Warranty Card (1 Year Warranty)
- Charger
- USB cable
- Earphone
- Beg PVC eksklusif dengan tangkai mudah bawa
Pen Digital juga terdapat fungsi:
- Terjemahan AlQuran dalam Bahasa Melayu & English.
- Memperdengarkan ayat AlQuran berdasarkan nombor ayat, surah, mukasurat AlQuran dengan tanpa membawa AlQuran.
- Menyimpan file MP3 qari lain, nasyid, doa dan audio di dalam Pen Digital melalui USB cable.
- Mendengar menggunakan semua jenis speaker termasuk earphone, headphone dll.
- Kualiti bunyi yang lebih baik, terang dan jelas.
- Butang pilihan mode.
- Kawalan nada bunyi.
Boleh digunakan untuk:
- memudahkan hafalan AlQuran dengan mendengar ayat AlQuran berdasarkan nombor ayat, surah, mukasurat AlQuran (tanpa membawa AlQuran).
- mempelajari asas membaca AlQuran (Muqaddam).
- meningkatkan mutu bacaan AlQuran.
- mempelajari asas bacaan dalam solat.
- dijadikan hantaran perkahwinan, pertunangan.
- sumbangan & sedekah kepada masjid, madrasah, sekolah.
- hadiah kepada pengantin, ibubapa, keluarga, sahabat untuk hari ulangtahun dll.
- mudah dibawa kemana-mana.
YANG PALING PENTING IALAH: JAMINAN (WARRANTY) MALAYSIA SELAMA 1 TAHUN
Harga seunit RM210 nett.
*Caj tambahan akan dikenakan untuk Pos Penghantaran (RM10 seunit (Semenanjung); RM20 seunit (Sabah/Sarawak)
*Harga istimewa untuk yang berminat menjadi ejen.
↧
Article 0
"IF YOU TO COUNT THE BOUNTY OF ALLAH, YOU CAN'T"

Amma ba,du.
Selamat berkenalan kepada para penjaring . Semoga Allah memberi manfaat kepada kita pada segala nikmat yang telah dianugerahkan kapada kita.
Bersyukur maksudnya, melaksanakan semua fungsi nikmat yang telah di anugerahkan menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w.
Bersyukur maksudnya, melaksanakan semua fungsi nikmat yang telah di anugerahkan menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w.
Contohnya , kita melihat al-Quran ,membaca dan menghafaznya, ini bermakna kita bersyukur dengan nikmat mata, lidah, fikiran dan hati.
Sebalik nya jika kita melihat, berkata dan mengingati perkara yang dilarang Allah , akan membawa maksud , kita tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmatNya , sekalipun kita tidak memahami keadaan-keadaan tersebut.
wassalam.
pondok_tampin@yahoo.com

As Sultan Muhammad Al Fateh.
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير اميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
"Akan ditawan kota Kostantiniah , maka (yang dapat menawannya adalah) Sebaik-baik Raja , adalah Rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya .."... Maka adalah suatu yang tidak dapat dinafikan didalam sejarah, bahawa Sulthan Muhammad al Fateh ( yang dapat menawan Kostantaniah lalu menukarkannya menjadi Islambuli/Istanbuli).Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.
Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam.
↧
↧
Sheikh Muhammad Saman- Tengku Chik Di Tiro.
Tengku Chik Di Tiro.. Pahlawan, Ulamak, Shufi, Tarekat, Tawassul, Zikir banyak , Taat Guru2, Anti Penjajah, Pertahan Institusi Raja Melayu, Kitab Turas, Aliran Tradisional Pondok , Serban, Baju Melayu, Percaya Barakah, Tak mudah mengalah hanya ajal sahaja mengakhiri perjuangannya itupun sbb diracun... dan itu semua tidak sekali2 akan boleh dikatakan sebagai orang jumud dan tidak berjuang... Allah Allah.
Dimakam ini ada 3 makam. Pertama: Disebelah tepi dinding hala kiblat , Sheikh Muhammad Saman- Tengku Chik Di Tiro. Kedua: Sebelah Tengku Chik- Makam Cucu beliau. Ketiga: Sebelah cucunya, awal dipintu masuk- Kubur Hasan Tiro- Ketua GAM. Rupanya Hasan Tiro- beliau ini adalah keturunan Tengku Chik Di Tiro. Allahummar ham hum..
Dimakam ini ada 3 makam. Pertama: Disebelah tepi dinding hala kiblat , Sheikh Muhammad Saman- Tengku Chik Di Tiro. Kedua: Sebelah Tengku Chik- Makam Cucu beliau. Ketiga: Sebelah cucunya, awal dipintu masuk- Kubur Hasan Tiro- Ketua GAM. Rupanya Hasan Tiro- beliau ini adalah keturunan Tengku Chik Di Tiro. Allahummar ham hum..
Hasan tiro telah kembali ke Acheh selepas Tsunami dan mengadakan perdamaian dgn Kerajaan Indonesia dengan MOU , sbb sama merasai bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa, lalu dengan keinsafan bersama lalu damai. Kemudian, memang sudah di tentukan Ilahi, tanah kuburnya ditanahair , sebelah datuK moyang. Mudahan Allah ampunkan dan rahmatkan semua.
↧
Teungku Sheikh Abu Tumin- Ulamak Rujukan Aceh- Tuan Guru Pondok Biruen.
↧
Muerah Silu- Malikus Sholeh- Sulthan Pasai.
Meurah Silu- al Malikus Sholeh, Raja yang sangat merendah diri, Alim, Boleh Berbahasa Arab, Setiap minggu mengumpul para ulama untuk muzakarah ilmu dengan membaca kitab, datang kemasjid untuk sembahyang juma'at dengan berjalan kaki, pernah diziarahi pengembara terkenal- ibnu bathutah dan tercatit kisah ini dalam kitab rihlah ibnu bathutah, dikatakan pernah diziarah marco polo- tapi ada versi lain mengatakan yang diziarah marcopolo adalah putera baginda- al malikul zoohir. --maklumat2 tentang aceh boleh jumpa dalam buku Aceh Sepanjang Abad- karangan A Mohammad Said- dengan helaian mukasurat yang lumayan menjangkau lebih 1500 muka.. buku ini pernah jadi polimik lama sebelum tsunami, tapi setelah tsunami tidak diperdulikan lagi , sebab sudah damai.. buku yang sangat menarik , mempunyai maklumat tentang aceh yang hampir selengkapnya...
↧
Kelas Tafaqquh Guru Takmir mei 2013
↧
↧
PONDOK LAMNO -TEUNGKU SHEIKH IBRAHIM.
Teungku Aba Burhan, murid langsung kepada al marhum Sheikh Ibrohim , bercerita, semasa hayat Sheikh Mudo Waliyy, datang ke Lamno Dan dlm prjalanan itu Tiba2 Sheikh Mudo Waliy berhenti disatu kawasan dan Berkata, nanti disini akan ada pasentren didirikan Dan gurunya sangat tinggi himmah mengajar. Kemudian harinya nyata terjadi apa yg diucapkan oleh Abuya Mudo Waliyy Itu. Baarakallahu fiih.. Sheikh Teungku Ibrahim meninggal dunia selepas mengajar lepas sembahyang isya.. dihari terakhir hayatnya beliau sedang sakit, tetapi terus mengajar sehingga wafat.. Innalillah..
↧
Dayah Taneh Abe- Sheikh Teungku Chik Taneh Abe- Sheikh Abdul Wahab.
↧
Perpustakaan Dayah Taneh Abbe
↧
Antara Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab dan Snouck Hurgronje dalam sejarah Aceh.
Munculnya Pakar konspirasi belanda, Dr Snouck Hurgronje, dalam sejarah Aceh, nama ini sangat menonjol dilidah dan hafalan orangramai. Snouck sanggup berpura-pura masuk Islam , menukarkan namanya kepada Abdul Gaffar. Demi untuk mengorek rahsia masyarakat Aceh dimana jalannya untuk mengalahkan dan menawan Aceh . Snouck bergaul dan belajar dengan ulamak-ulamak Melayu di Tanah Haram Mekkah. Bukan setakat ilmu Syariat yang dia belajar dan tahu, bukan setakat ilmu Bahasa, Balaghah yang dipelajarinya, bahkn Ilmu Tarikat Sufi pun dia tahu. Dia pernah puji Tarikat Naqshbandi Muzhiri pembawakan Sheikh Zawawi alYamani diMekah itu yg celik ilmu. Yang lain itu entah. ......
Tapi , kita jangan lupa..orang yang sedar dan menyedarkn orang lain tentang muslihat Snouck ini dan menghebahknnya kepada Aceh adalah Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab ini lah...beliau cepat pulang keAceh dengan menyamar dan menyusun strategy. Busuk tak busuk anjuran-anjuran dan cadangan Snouck kepada Belanda untuk tawan Aceh- boleh tengok dalam Buku dia- "De atjehers" . Atau baca saja "Aceh Sepanjang Abad"- H Mohammed Said yang tebalnya lebih 1500 mukasurat.
Tapi , kita jangan lupa..orang yang sedar dan menyedarkn orang lain tentang muslihat Snouck ini dan menghebahknnya kepada Aceh adalah Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab ini lah...beliau cepat pulang keAceh dengan menyamar dan menyusun strategy. Busuk tak busuk anjuran-anjuran dan cadangan Snouck kepada Belanda untuk tawan Aceh- boleh tengok dalam Buku dia- "De atjehers" . Atau baca saja "Aceh Sepanjang Abad"- H Mohammed Said yang tebalnya lebih 1500 mukasurat.
↧
↧
Raja Bakul.. Mitos atau benar?
Raja Bakul , ceritanya mitos atau benar?. Pensyarah di makam malikussoleh sabitknnya betul , pensyarah dimakam sultanah nahrisyah bantah pula, katanya cerita dongeng....
Kubur nahrisysh yg dikatakan penjaganya hanya replika saja, isinya kosong, pernah dibuka British . Binaan berasal dari Turkie. Hubungan akrab antara turkie osmaniah dgn aceh dikala itu.
Sebelah replika tu la dikatakn kubur sultanah nahrisyah. Maka raja bakul betul raja berdaulat, cerita dia nak kawin dgn anaknya tu tak betul. Mitos saja, menurut penjaga makamnya... Wallahu a,lm.
Ada juga benda yang peliknya disini
↧
Tunduk kepala semasa takbiratul ihram dan iktidal batal sembahyang?.
Soalan: Tunduk kepala , gerakkan kepala kebelakang semasa takbiratul ihram atau iktidal batal sembahyang?.
Jawab:Khilaf antara Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli. Batal menurut Ibnu Hajar, Tidak batal menurut Sheikh Ramli. wallahu a'lam.
Kebanyakan orangramai berpegang dengan fatwa Ibnu Hajar, munkin disebabkan catitan dalam kitab yang sangat terkenal iaitu Hidayatus Shibyan karangan Tuan Husein Kedah yang mengatakan batal sembahyang. Padahal perkara khilaf. Mereka yang pegang Sheikh Ramli , tak batal lah sembahyanb mereka. Ini perkara ghorib pada sisi orang ramai.
↧
Tuan Tabal Qaddasa Allahu Sirrah.
al A,lim al Allamah Tuan Tabal- Semenjak 1984 saya mencari peluang kalau boleh ziarah makam Tuan Tabal, tapi tidak direzekikan berjumpa. Hinggalah khamis dan jumat minggu lepas dapat menziarahi ulamak yang sentiasa dihati, disebabkan ajaran beliau yang terkesan disanubari dalam kitab beliau Jilaaul qulub bi zikrillah- yang ertinya menyucikan hati dengan Zikirillah (ingatan kepada Allah). Sheikh Abdul Shomad Bin Soleh merupakan ulamak tua dizamannya. Beliau sempat berguru dengan Sheikh Ahmad Fathoni ( Guru Tok Kenali ) diMekah, sekalipun usia beliau lebih tua dari Tuan Sheikh Ahmad tapi oleh sifat Tawadhuk beliau , itulah jadinya.. Tuan Sheikh Abdus Shomad yang dikenali sebagai Tuan Tabal, bukan saja sebagai ulamak masyhur sezamannya, juga merupakan salah seorang penyebar amalan Tarekat Ahmadiah Idrisiah - Sidi Ahmad Idris terawal di Tanah Melayu. Beliau telah diijazahkan Tarekat Ahmadiah Idrisiah oleh Sidi Ibrahim ar Rashidi yang merupakan murid langsung kepada Sidi Ahmad Idris. Dari Tuan Tabal ini diturunkan terekat ini kepada anaknda beliau Tuan Guru Haji Wan Musa ( pernah menjawat jawatan mufti Kelantan) kemudian diturunkan kepada Tuan Guru Mua'llim Haji Wahid bin Osman (Pondok Madrasah An Nuuriah, Masjid Tanah , Melaka) kemudian diturunkan kepada Sidi Sheikhna Sheikh Ali ( Pulau Pinang) . Adapun al faqir ini telah menerima ijazah amalan tarekat Ahmadiah Idrisiah ini- yang tecakup didalamnya semua amalan asasi iaitu fatihatul awrad, zikir khusus, tahlil, selawat azimiah, istighfar kabir dan kitab ahzab serta semua perkara yang bersangkut dengan amalan Sidi Ahmad Idris dari Sheikhna Sheikh Ali dan beliau berkata beliau telah mengambilnya dari Mua'llim Haji Wahid. Alhamdulillah , saya pernah bertemu sekali sahaja dengan al Marhum Muallim . Dan dalam pertemuan itu beliau mengisyaratkan bahawa saya adalah dibawah ijazah dan tarbiyah Sheikh Ali. Allahu Musta'an...
↧
Kelas Tafaqquh Guru Takmir Jun 2013
↧
↧
Bilal/ Tukang Bang membaca sesuatu ayat semasa Khatib naik mimbar khutbah jumaat - tiada asalnya?.
Soal:Baca satu ayat quran atau hadis untuk menaikkan khatib atau imam keatas mimbar khutbah jumaat , sepertimana yang biasa dilakukan orang , apa kaedah agama yang membolehkannya?.
Jawab:Menurut kitab Kasful Litham , perkara tersebut tiada asalnya dari Nabi s.a.w dan Salafus -sholeh , hanya yang diriwayatkan adalah bilal bertindak azan apabila masuk saja waktu juma'at, kemudian azan pula sekali lagi apabila khatib sudah duduk diatas mimbar. itu sahaja yang waridnya, atau yang ada ceritanya dari Nabi dan Salafu- soleh. Itu sahaja maksud yang tercatit didalam Kasful Litham muka surat 53 juzuk pertama.. Iaitu perkara bilal atau tukang bang membaca sesuatu ayat atau pegang tongkat sebelum khatib atau imam naik kemimbar , kemudian menyerahkan tongkat atau buku khutbah kepada khatib/imam - adalah perkara yang tiada ceritanya dari semenjak zaman Nabi s.a.w. Maka Tuan pengarang Kasful litaham yang sangat alim telah ditanya , adakah asalnya perbuatan itu dari Nabi?. Nabi pernah buat kah begitu, atau para sahabt pernah buatkah begitu?. Maka dijawab memang tiada ceritanya nabi pernah buat atau sahabat pernah buat. Setakat iatu sahaja jawapannya. Bukannya tuan pengarang mengatakan "TIDAK BOLEH BUAT" atau perkara itu bid'ah dan sebagainya. Oleh yang demikian perbuatan orang Nusantara yang beramal begitu telah dikomentari juga oleh Tuan Sheikh Daud Al Fathoni dalam kitab beliau Bughyatut Thullab , muka surat 213 juzuk pertama. Perbuatan Bilal atau Muazzin membaca sesuatu ayat atau hadis setelah Khatib atau Imam berada diatas mimbar , selepas azan kedua dilaungkan dan Khatib belum memulakan Khutbahnya, adalah Bid'ah Hasanah- iaitu perbuatan yang tiada contohnya dari Nabi s.a.w atau salafu sholeh tetapi dia nya dianggap baik dan dapat pahala , sebab masih tercakup dibawah kaedah-kaedah syariat agama. Maka , Kasful Litham hanya menyatakan secara umum, Bughyatul Thullah telah mencernakanya sehingga dapat diamalkan oleh umat Islam amalan tersebut. Wallahu a'lam.
Nasnya: Kasful Litham , muka surat 53 juzuk 1.
Bugyah Thullab muka surat 213 juzuk 1.
↧
Selamat Datang Wahai Tuan Murabbi , Sheikh Ramdhan
Sya,ban ,, pintu Ramdhan. Dibulan ini kita berlatih untuk bersedia dengan latihan puasa, menahan lapar dahaga dan latihan ibadat untuk menyambut Ramdhan yang mulia. Bulan Ramdhan - sebagai pendidik (murabbi) yang sangat berkesan. Rahmat Allah yang melimpah ruah diturunkan dibulan Ramdhan telah membendung rohani dan jasmani insan untuk dihalakan kepada ibadat dan ubudiyyah. Sekalipun Mahaguru Ramdhan tidak bertubuh dan berjisim, tetapi pengajaran dan asuhannya sangat berbekas dijiwa insan . Mukmin sejati sangat merindui mu wahai sang guru... Tuan Sheikh Ramdhan - Allah sucikan rahsia Sheikh Ramdhan... Marhaban marhaban ,, ahlan ahlan.. wa sahlan.. ya marhab ..
↧
Tahlil Arwah dan Bacaan Quran untuk Arwah sepanjang Ramdhan
↧